Tuesday 7 August 2012

Gusi berdarah bila gosok gigi ? (HarusBaca!)

Assalamualaikum ,  hari nie aku berjumpa dengan doktor gigi jadi banyak pula ilmu yang aku dapat untuk berkongsi dengan mereka yang sudi membaca entry aku yang agak skema ini .Mungkin ramai di luar sana yang mengalami pendarahan gusi semasa memberus gigi , tidak kira lah tekanan yang anda guna kuat atau lembut , gusi anda tetap berdarah. Sensitif sangat kan ? Tapi pernah kah anda peduli tentang gusi anda yang berdarah itu ? mungkin tidak peduli sama sekali kan?

Cuba bayangkan kalau anda sedang membasuh muka tiba-tiba muka anda berdarah , semakin dibasuh muka semakin berdarah pula. Mesti ada terkejut dan tertanya-tanya sebab berdarah itu . Begitulah jika gusi anda berdarah dan tertanya-tanya sebab berdarah itu .

Jika anda mengalami masalah sedemikian (gusi kerap berdarah setiap kali memberus gigi) pergi la ke klinik bertanya kepada doktor . Hal ini demikian kerana gusi yang berdarah boleh mendatangkan kesan negatif pada masa akan datang.

Apa yang aku tahu dari doktor ialah jika gusi anda berdarah , anda mungkin berisiko mendapat penyakit seperti serangan jantung , strok dan lain-lain . Menakutkan kan ?

Kalau rasa takut dengan penyakit tu lebih baik anda pergi ke klinik bertanya dan berbincang permasalahan anda ini . Mencegah itu kan lebih baik daripada mengubati . Satu lagi kalau gusi bengkak memang gusi anda sangat bermasalah.

Selamat berjumpa doktor gigi !