Tuesday, 31 July 2012

Jerawat Menghalang Kehidupan Remaja Anda?

Jerawat nie memang sangat menakutkan bagi kaum wanita.Hal ini demikian kerana, jerawat boleh menyebabkan kesan parut yang agak lama.Jerawat nie boleh menjadi tekanan buat wanita jika jerawat tidak hilang atau mengambil masa yang agak lama untuk hilang.  Jadi,apa harus kita lakukan kalau jerawat muncul di muka sebelum bertemu dengan seseorang yang istimewa?

Jika jerawat muncul......

* Abaikan!  Jangan sentuh dan jangan picit pun!  Kesan memicit akan meninggalkan kesan yang lebih ketara.

* Rawat jerawat anda dengan ubat rawatan jerawat yang mengandungi rumusan yang berkesan. Contoh : OXY

*Anda juga boleh menggunakan penyamar cela yang tidak komedogenik untuk menutupi tanda-tanda jerawat.

PENTING  !

- Stres yang melampau boleh memberikan kesan kepada jerawat dan boleh memburukkan keadaan kulit. Stres juga boleh menyebakan kulit berminyak.Oleh itu, sentiasa tenangkan fikiran anda kerana jerawat pasti terkawal jika anda mengawasi stres anda dengan baik sekali.

No comments:

Post a Comment