Wednesday, 25 July 2012

Rawat Telinga Kucing yang Berkurap

Assalamualaikum..

Aku ingin berkongsi 'ubat' yang mampu menghilangkan kurap kucing di telinga..Anda tidak perlu risau akan kos untuk mengubati kucing korang tu sebab rawatan yang aku ingin kongsi ini boleh dibuat di rumah anda bila-bila masa sahaja..Rawatan ini juga terbukti berhasil kerana aku sendiri dah cuba untuk kucing aku yang naik kurap di telinga dengan tiba-tiba..

Apakah Rawatannya?

Okey macam nie,  anda mesti simpan lebihan minyak masak yang sudah digunakan kan?  Minyak masak yang sudah digunakan anda jangan buang sebaliknya anda simpan untuk merawat telinga kucing anda yang bermasalah tu.

Bagaimana Rawatannya?

Anda ambil kapas telinga dan letakkan minyak masak yang sudah digunakan di kapas tersebut dan sapukan minyak tersebut di telinga kucing anda. (kalau tak geli guna tangan sendiri pun boleh kalau tak ada kapas telinga) Rawatan ini haruslah dibuat banyak kali dan insyallah kurap akan hilang dalam seminggu.Kalau malas buat sekali sehari pun dah cukup.

Bila dah sapukan minyak masak tu, kucing anda pasti akan menggaru telinganya.  Abaikan sahaja kerana kucing anda mungkin rasa gatal atau tidak selesa.Rawatan ini sekaligus dapat menjimatkan kos anda.

Selamat Mencuba :)


No comments:

Post a Comment